PENERBIT UPSI

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

|

|

|

|

|

|

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

 

Agama

 

Bahasa & Sastera

 

Sains Sukan

 

Modul

 

Teknologi Maklumat

 

Biologi

 

Seni

 

Jurnal

 

Ekonomi

 

Fizik

 

Geografi

 

Umum

 

Terbitan Khas

 

Kanak-kanak

 

Kimia

 

Komunikasi

 

Matematik

 

eBook

 

Pendidikan

 

Buku Terjemahan

Bahasa / Language

Tarikh kemaskini laman sesawang :7 September 2017

Benih Budiman: Suatu Analisis Sosiologi Sejarah Persekolahan Melayu di Singapura

ISBN: 978-983-3759-13-2

Penulis: Kamsiah Abdullah

Tahun: 2007

Bidang: Pendidikan

RM 54.00 RM 43.20

Sinopsis

Kandungan

Komen

Sekolah Melayu lahir di Singapura pada pertengahan kurun ke-19, kemudian berkembang maju pada zaman penjajahan hingga mencapai puncak kegemilangan pada zaman awal kemerdekaan. Malangnya ia terkubur pada tiga suku akhir kurun ke-20. sejarah membuktikan bahawa pendidikan sekolah Melayulah yang menanam asas pemodenan dan menjadi jentera kemajuan masyarakat Melayu dan warisan kebangsaan Singapura. Ia sangat bererti terutama bagi masyarakat Melayu. Persekolahan Melayu telah menyumbang dalam kemajuan pemikiran, politik, sosial dan ekonomi masyarakat. Bahkan sebahagian besar orang Melayu termasuk para pemimpin dan intelektualnya telah terdidik melalui sistem pendidikan formal ini.

Buku ini menggunakan perspektif analisis sosio-sejarah dalam menyajikan kepada masyarakat tentang latar belakang penubuhan, kewujudan, perkembangan, kejayaan dan akhirnya kepupusan sekolah-sekolah Melayu itu dalam suasana perubahan sosiopolitik dan ekonomi negara Singapura yang begitu pesat.

Semoga buku ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah mengabadikan kenangan kita terhadap sekolah Melayu tetapi yang lebih penting ia digunakan dalam proses identifikasi kita mengenal, memahami, menghargai semula perjuangan nenek moyang kita dalam mengembangkan pendidikan untuk generasi akan datang.

Sejarah Awal Pendidikan Di Singapura

Perkembangan Sekolah-Sekolah Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua

Sistem Pentadbiran Dan Kurikulum Sekolah-Sekolah Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua

Perkembangan Sekolah-Sekolah Melayu Semasa Pemerintahan Jepun

Perkembangan Pendidikan Selepas Perang Dunia Kedua

Penubuhan Dan Perkembangan Sekolah Menengah Melayu

Tahun-Tahun Akhir Sekolah Melayu

Sumbangan Yang Tidak Ternilai

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.