PENERBIT UPSI

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

|

|

|

|

|

|

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

 

Agama

 

Bahasa & Sastera

 

Sains Sukan

 

Modul

 

Teknologi Maklumat

 

Biologi

 

Seni

 

Jurnal

 

Ekonomi

 

Fizik

 

Geografi

 

Umum

 

Terbitan Khas

 

Kanak-kanak

 

Kimia

 

Komunikasi

 

Matematik

 

eBook

 

Pendidikan

 

Buku Terjemahan

Bahasa / Language

Tarikh kemaskini laman sesawang :7 September 2017

Gamifikasi Dalam Pendidikan

ISBN: 978-967-0924-13-7

Editor: Tan Wee Hoe

Tahun: 2015

Bidang: Pendidikan

RM 38.00 RM 30.40

Sinopsis

Kandungan

Komen

GAMIFIKASI DALAM PENDIDIKAN: PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN ialah sebuah karya yang memperkenalkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif kepada guru, pensyarah dan ahli akademik Malaysia. Gamifikasi merupakan satu bidang ilmu yang menjadikan aktiviti yang asalnya bukan permainan sebagai suatu aktiviti bermain yang formal. Dengan itu, hasil gamifikasi lazimnya digelar sebagai permainan serius.

 

Fokus amalan gamifikasi dalam buku ini tertumpu pada bidang pendidikan, dan ia disusuli dengan amalan pembelajaran berasaskan permainan atau game-based learning (GBL). Kedua-dua konsep ini dibincangkan dengan panjang lebar bagi memberi kefahaman kepada mereka yang baharu berjinak dalam bidang ini. Langkah-langkah dalam gamifikasi juga dijelaskan bagi menghasilkan permainan yang boleh dimanfaatkan dalam pendidikan. Hasil gamifikasi ini akan lebih bermakna dengan pendedahan kepada pembaca tentang kaedah pelaksanaannya, potensi dan cabaran dalam amalam GBL ini.

 

Beberapa sintesis daripada pengaplikasiannya dalam pendidikan membantu lebih kefahaman kepada pembaca dalam memahami gamifikasi dalam pendidikan.

1 Konsep Asas Permainan, Gamifikasi dan Pembelajaran Berasaskan Permainan

2 Penetapan gol dan Peraturan

3 Reka Bentuk Cara Main

4 Reka Bentuk Maklum Balas

5 Reka Bentuk Ruang Permainan

6 Reka Bentuk Cerita Permainan

7 Amalan Pembelajaran Berasaskan Permainan

8 Amalan GBL dalam Kursus Pemodelan

9 Potensi dan Cabaran dalam Amalan GBL

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.