PENERBIT UPSI

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

|

|

|

|

|

|

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

Bahasa / Language

Tarikh kemaskini laman sesawang : 30 Mei 2017

Capaian

Pantas

Garis Panduan kepada Penulis

Pendahuluan

Garis panduan ini memberi panduan kepada penulis dalam menulis karya asli bagi keperluan penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bagi tujuan untuk setiap manuskrip yang dihasilkan dapat ditangani segera, bakal penulis adalah dinasihatkan merujuk garis panduan yang disediakan.

Tafsiran Karya Asli Ilmiah

Karya yang dihasilkan hasil daripada penyelidikan, pemerhatian atau amalan yang boleh diguna pakai dalam sesuatu ruang disiplin ilmu. Karya hendaklah mempunyai ciri-ciri inovatif dan memberi impak sejagat, ditulis dengan jelas, padat dan berkesatuan dengan format yang standard.

Pembinaan Manuskrip

1. Sebuah karya ilmiah yang lengkap haruslah mengandungi:

a. Prelim; Judul Manuskrip, Senarai Penulis, Prakata, Pengenalan, Senarai Singkatan (dengan penomboran angka roman seperti i, ii, iii seterusnya.

b. Teks; Bab-bab, bahagian atau sub bab (dengan penomboran angka Arab seperti 1, 2, 3, dan seterusnya).

c. Akhiran; Biografi Penulis (sekiranya ada) Lampiran (sekiranya ada), Glosari (sekiranya ada), Bibliografi, Indeks. (dengan penomboran Arab bersambungan dengan bab akhir teks).

2. Penulis juga perlu mematuhi syarat-syarat berikut;

a. Penulisan adalah dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris atau bahasa Arab atau Bahasa Mandarin.

b. Bagi penulisan bahasa Malaysia hendaklah mematuhi Tatabahasa Dewan, Sistem Ejaan Rumi Dewan. Manakala bagi penulisan Bahasa Inggeris hendaklah menggunakan sistem ejaan dan tatabahasa Bahasa Inggeris (United Kingdom).

c. Penulisan menggunakan perisian MS Word.

d. Penaipan dengan langkau 1.5 baris dengan rupa taip Times New Roman bersaiz 11 poin.

e. Margin teks adalah 2.5 cm bagi setiap jidar kanan, kiri, atas dan bawah.

f. Setiap bab atau bahagian hendaklah ditaip dalam fail yang berasingan.

g. Penulisan yang mempunyai bahan sokongan seperti ilustrasi, grafik, rajah sebarang bahan sokongan teks lain hendaklah dibekalkan dalam perisian asal atau dalam bentuk jpeg, tiff untuk tujuan kemudahan untuk atur huruf dan percetakan. Jadual boleh dalam bentuk MSWord atau perisian asal.

h. Penulisan pada jadual, ilustrasi, grafik, rajah atau bahan sokongan hendaklah ditulis dengan rupa taip Times New Roman bersaiz 10 poin.

i. Gambar atau ilustrasi daripada laman web kurang digalakkan namun sekiranya amat diperlukan hendaklah dinyatakan sumbernya dan gambar hendaklah beresolusi tinggi lebih daripada 300 dpi dan bersaiz medium.

j. Judul jadual hendaklah diberikan penomboran dan diletakkan di atas jadual.

k. Bagi rajah, ilustrasi atau grafik lain, juga perlu diberikan penomboran dengan penerangan diletakkan di bahagian bawah.

l. Setiap penulisan yang mengambil fakta, mengadaptasi atau menyalin semula bahan daripada penerbitan asal hendaklah dinyatakan sumbernya.

m. Dicetak di atas kertas A4 dengan sebelah cetakan.

3. Penulis adalah dialu-alukan menyusun penulisan dengan penggunaan bab dan sub-sub bab. Pembahagian sub bab boleh ditandakan dengan

Tajuk Bab: HURUF BESAR/BOLD/14 POIN

Subtajuk Pertama: HURUF BESAR/BOLD/12 POIN

Subtajuk Kedua: Huruf Kecil/Bold/12 poin

Subtajuk Ketiga: Huruf Kecil/Italic/Bold/11 poin

Subtajuk Keempat: HURUF BESAR/11 POIN

Subtajuk kelima: Huruf kecil/Italic/11/poin

(Penulisan subtajuk kelima atau lebih adalah tidak digalakkan).

4. Bagi tujuan penomboran dalam teks boleh ditulis;

Contoh;

1. Pendidikan di Malaysia

a. Pendidikan sekular

i. Sekolah aliran Melayu

ii. Sekolah aliran Cina

iii. Sekolah Aliran Tamil

5. Bagi karya bersifat teknikal, pecahan penomboran adalah dibenarkan dan perlu menitik beratkan keseragaman istilah penggunaan istilah, unit ukuran, dimensi, simbol, rumus, dan tanda-tanda teknikal. Menyertakan sama lembaran gaya bagi aspek teknikal ini adalah digalakkan.

6. Penggunaan nota kaki atau nota hujung adalah untuk lanjutan penerangan dalam teks. Penggunaan ini adalah tidak digalakkan.

7. Kenyataan sumber dalam teks hendaklah menggunakan cara (penulis, tahun: hlman) manakala penulisan bibliografi hendaklah mengguna pakai Gaya Dewan.

Contohnya;

(Bloom, 1964)

(Bloom, 1964: 70)

(Bllome dan Egan-Robertson, 1993: 342)

(Abu Hassan et al., 1998: 161‒162)

8. Lampiran; (sekiranya ada) hendaklah diberikan penomboran Roman seperti Lampiran I, Lampiran II, Lampiran III dan seterusnya.

9. Glosari; (sekiranya ada); adalah penjelasan istilah dan hendaklah disusun mengikut susunan abjad. Setiap istilah hendaklah ditulis condong.

10. Indeks; kata kunci atau perkara yang terdapat dalam penulisan untuk rujukan pantas pembaca. Hendaklah disusun mengikut abjad.

11. Bibliografi

a. Buku

Penulis, Tahun Penerbitan. Judul buku. Tempat Terbit: Nama Penerbit.

Contoh:

Adam, M.J., 1990. Beginning to read: Thinking and learning about print. Cambridge, Massachusetts: MIT Press.

Mahzan Arshad, 2003. Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.

b. Buku elektronik

Penulis, Tahun Terbit. Judul Buku. Butiran DOI/URL.

c. Artikel Jurnal

Penulis, Tahun. Tajuk Artikel. dlm. Nama Jurnal, Isu, halaman.

Contoh:

Mahajan, S. & Tuteja, N. Cold, salinity and drought success: An overview. Dlm. Archives of Biochemistry and Biophysics, 444, hlm 139‒158, 2005.

Clay, M.M., The reading behavior of five-year-old children: A research report. dlm. New Zealand Journal of Educational Studies, No.2, Hlm. 11‒31, 1967.

d. Jurnal online

Nama penulis, Tahun. Judul artikel. Nama jurnal , Isu, Diakses pada Tarikh Akses daripada Butiran Jurnal.

Contoh:

Thammasitboon, K., Sukotjo, C., Howell, H. & Karimbux, N. 2007. Problem-based Learning at the Harvard School of Dental Medicine: Self-assessment of performance in postdoctoral training. Diakses pada Februari 2009 daripada http://www.jdentaled.org

e. Artikel atau bab dalam buku disunting

Artikel penulis, Tahun. Judul artikel. Dlm nama editor buku asal, Judul buku (hlm). Tempat Terbit: Nama Penerbit.

Contoh:

Rozen, S. & Skaletsky, H.J. 2000. Primer 3 on the WWW for general users and for biologist programmers. In S. Krawetz & S. Misener (eds.). Bioinformatics methods and protocols: Methods in molecular biology, hlm. 365-386. New Jersey: Humana Press.

Beck, I., 1984. Developing comprehension: The impact of the directed reading lesson. Dalam R.C. Anderson, J. Osborn & R.J. Tierney (eds.), Learning to read in American schools: Basal readers and content texts. Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaum.

f. Prosiding

Penulis, Tahun. Judul kertas kerja dibentangkan. Dalam Judul Prosiding. Nama Seminar, tempat, tarikh.

Penyerahan

1. Permohonan penerbitan hendaklah dimajukan kepada;

Pengerusi, Jawatankuasa Penyelidikan, Penerbitan, Perundingan dan Pengkomersilan (JKPPPP)

Fakulti

Beserta,

Satu naskhah manuskrip yang dicetak langkau 1.5 baris di atas kertas A4 dengan sebelah cetakan serta dijilid kemas.

2. Penulis membuat pembetulan dan permurnian seperti yang diputuskan oleh JKPPPP sebelum diserahkan semula kepada JKPPPP untuk kelulusan permohonan.

3. Penulis melalui fakulti hendaklah memajukan permohonan berserta dengan satu salinan bercetak dan salinan softcopy, Laporan Penilaian Awal dan Minit Mesyuarat Kelulusan JKPPPP kepada Pejabat Karang Mengarang untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan UPSI (JP-UPSI).

4. Penulis akan diberitahu perkembangan penerbitan manuskripnya dari semasa ke semasa.

(Untuk mengetahui dengan jelas aliran proses penerbitan manuskrip, bolehlah merujuk carta alir Proses Penerbitan Karya Asli Ilmiah)

Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut;

Unit Editorial,

Pejabat Karang Mengarang,

Universiti Pendidikan Sultan Idris,

Tanjong Malim, Perak.

Atau boleh berhubung dengan,

Siti Zabeha Ibrahim – 05-4505594

Azlan Mohd Dahari – 05-4506642

Sofiatul Nazira Ahmad Shubki – 05-4505596

atau talian 05-4505472 (Rafizah Zainal Kassim, Nurul Hafizan Abdul Rahman)

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.