PENERBIT UPSI

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

|

|

|

|

|

|

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

 

Agama

 

Bahasa & Sastera

 

Sains Sukan

 

Modul

 

Teknologi Maklumat

 

Biologi

 

Seni

 

Jurnal

 

Ekonomi

 

Fizik

 

Geografi

 

Umum

 

Terbitan Khas

 

Kanak-kanak

 

Kimia

 

Komunikasi

 

Matematik

 

eBook

 

Pendidikan

 

Buku Terjemahan

Bahasa / Language

Tarikh kemaskini laman sesawang :7 September 2017

Geografi dan Alam Sekitar Dalam Pendidikan Negara

ISBN: 983-2620-69-4

Penyunting: Mazdi Marzuki dan Mohmadisa Hashim

Tahun: 2006

Bidang: Geografi

RM 55.00 RM 44.00

Sinopsis

Kandungan

Komen

Buku ini membincangkan peranan geografi dan alam sekitar dalam pendidikan negara. Buku ini memuatkan 21 bab semuanya yang dibahagikan kepada dua bahagian utama; iaitu bahagian pertama berkaitan dengan geografi dalam pendidikan negara manakala bahagian kedua menghuraikan peranan alam sekitar dalam pendidikan negara. Antara tajuk yang dibincangkan secara terperinci ialah pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran geografi, kemahiran kritis dalam geografi, dan kebolehan ruangan dan penguasaan kemahiran peta. Buku ini turut memberi ulasan tentang pengambilan mata pelajaran geografi di peringkat sijil pelajaran Malaysia dan sijil tinggi pelajaran Malaysia serta keperluan penterjemahan buku dalam bidang geografi. penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, sistem maklumat geografi, dan Internet dalam mata pelajaran geografi turut dijelaskan dalam buku ini. Buku ini turut membincangkan pendidikan alam sekitar melalui mata pelajaran geografi di sekolah dan pengajian alam sekitar di institusi pengajian tinggi. Ulasan terhadap keperluan pendidikan berterusan, peranan undang-undang, dan kesedaran masyarakat dalam menjaga alam sekitar turut dimuatkan dalam buku ini. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan bagi tenaga pengajar dan pelajar yang mengambil kursus kaedah pengajaran geografi dan isu-isu serta kurikulum geografi.

Geografi Dan Alam Sekitar Dalam Pendidikan Dan Pembangunan Negara
Pendekatan Baru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi
Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Guru-Guru Geografi
Kebolehan Ruangan Dan Penguasaan Kemahiran Peta Pelajar Geografi
Penerapan Unsur Muzik Dan Fotografi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi
Satu Analisis Tentang Trend Pengambilan Mata Pelajaran Geografi Di Peringkat SPM
Pendidikan Geografi STPM: Peranan, Cabaran, Cabaran Dan Masa Depan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Geografi Di Sekolah Menengah
Pengajaran Sistem Maklumat Geografi Di Sabah: Satu Tinjauan Awal Kebersediaan Penawaran Di Peringkat Sekolah
Penggunaan Sistem Maklumat Geografi Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Geografi
Penggunaan Simulasi 3 Dimensi (3d) Sebagai Satu Kaedah Alternatif Dalam Pelajaran Geografi
Penggunaan Internet Dalam Proses Pembelajaran Geografi: Kajian Kes Di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Analisis Terhadap Pandangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Terhadap Keperluan
Pendidikan Alam Sekitar Melalui Mata Pelajaran Geografi Di Sekolah
Pengajian Alam Sekitar Dan Disiplin Sains Sosial: Pengalaman Universiti Malaya
Keberkesanan Kurikulum Kejuruteraan Awam Berkaitan Alam Sekitar Dalam Pembentukan Kesedaran Pelajar Terhadap Alam Sekitar: Kajian Kes Di Politeknik Ungku Omar
Keperluan Pendidikan Berterusan Sepanjang Hayat Dalam Menangi Isu Pencemaran Alam Sekitar: Kajian Kes Sungai Nipah,Pulau Pinang
Cabaran Hujan Asid: Bagaimana Pendidikan Alam Sekitar Merentasi Kurikulum Boleh Membantu Ke Arah Pembangunan Berterusan
Pendekatan Undang-Undang Di Dalam Pendidikan Alam Sekitar Di Malaysia
Kefahaman Dan Kesedaran Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tentang Pengurusan Sisa Buangan
Kesedaran Alam Sekitar dikalangan Masyarakat Awam di Petaling Jaya Berasaskan Peryertaan dalam Program Kitar Semula

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.