PENERBIT UPSI

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

Tarikh kemaskini laman sesawang :13 November 2017

 

Agama

 

Bahasa & Sastera

 

Sains Sukan

 

Modul

 

Teknologi Maklumat

 

Biologi

 

Seni

 

Jurnal

 

Ekonomi

 

Fizik

 

Geografi

 

Umum

 

Terbitan Khas

 

Kanak-kanak

 

Kimia

 

Komunikasi

 

Matematik

 

eBook

 

Pendidikan

 

Buku Terjemahan

Ikon Kesusasteraan: 11 Pemikiran Global Sasterawan Negara Malaysia

ISBN: 978-967-0480-08-4

Penulis: Mohd. Yusof Hasan dan Siti Khariah Mohd. Zubir

Tahun: 2014

Bidang: Bahasa dan Sastera

RM 52.00 RM 41.60

Sinopsis

Kandungan

Komen

Buku Ikon Kesusasteraan: Pemikiran Global 11 Sasterawan Negara Malaysia ini menggarap hasil karya sastera para pengarang ikon yang lahir di negara kita sejak tahun 1981 hingga 2012. Institusi Sasterawan Negara yang satu-satunya diadakan ini adalah merupakan betapa kerajaan dan rakyat menyanjung tinggi para sasterawan dan karya-karya agungnya. Kesebelasan sasterwan negara ini dibicarakan dalam 13 bab. Pemikiran Global 11 Sasterawan dibincangkan secara umum dalam Bab 1. Kamaluddin Muhammad (Keris Mas) dibincangkan melalui perjuangan kemerdekaan ke nasionalisme global melalui karya-karya cerpen dan novelnya. Shahnon Ahmad dipaparkan yang bermula penulisan dari latar desa membawa kepata tema ke persada antarabangsa manakala Usman Awang (Tongkat Warrant) yang berjiwa global dengan sajak, drama, cerpen dan novelnya. Sasterawan A. Samad Said yang sangat cemerlang kepada pemikiran falsafah tentang kehidupan manusia yang penuh cabaran dan Muhammad Dahlan Abdul Biang (Areana Wati) pula dikenali sebagai seorang sasterawan pelaut yang melangkau jauh ke peringkat global. Analisis karya Muhammad Haji Salleh yang merupakan penyair yang berjiwa tradisional tetapi membawa mesej antarabangsa turut dipaparkan dalam buku ini. Noordin Hassan dilihat hasil karya drama nukila yang membawa tema nasionalis yang bersifat universal. Abdullah Hussain pula sebagai sasterawan pemikiran Islam global dengan ciri-ciri nostalgia kedaerahan tetapi berwawasan global. Anwar Ridhwan yang karya-karya dipenuhi simbolisme antarabangsa dan Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) yang menulis banyak sajak menukilkan falsafah hidup manusia seantero dunia yang semuanya dipaparkan secara padat dan kreatif untuk menjadi sifu, diva dan idola kepada para sasterawan.

Pengenalan: Pemikiran Global 11 Sasterawan Negara Malaysia

Kamaluddin Muhammad (Keris Emas): Pejuang Nasionalisme Global ke Arah Kesejahteraan Bangsa

Shahnon Ahmad: Dari Desa ke Persada Antarabangsa

Usman Awang (Tongkat Warrant): Sasterawan Rakyat Berjiwa Global

A. Samad Said: Pemikiran Falsafah Kehidupan Insan

Muhammad Dahlan Abdul Biang (Arena Wati): Sasterawan Pelaut ke Arena Global

Muhammad Haji Salleh: Penyair Global Berjiwa Tradisional

Noordin Haji Salleh: Dramatis Nasionalis Menggapai Dunia

Abdullah Hussain: Pengarap Nostalgia Perjuangan Pemikiran Islam

S. Othman Kelantan: Pengarang Kedaerahan Berwawasan Global

Anwar Ridhwan: Simbolisme Citra Warisan dan Wawasan

Ahmad Kamal Abdullah (Kemala): Mengungkap Puisi Islami Global

Kesimpulan: Pemikiran dan Etika Global Sasterawan Negara Malaysia

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.