PENERBIT UPSI

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

|

|

|

|

|

|

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

 

Agama

 

Bahasa & Sastera

 

Sains Sukan

 

Modul

 

Teknologi Maklumat

 

Biologi

 

Seni

 

Jurnal

 

Ekonomi

 

Fizik

 

Geografi

 

Umum

 

Terbitan Khas

 

Kanak-kanak

 

Kimia

 

Komunikasi

 

Matematik

 

eBook

 

Pendidikan

 

Buku Terjemahan

Bahasa / Language

Tarikh kemaskini laman sesawang :7 September 2017

Isu-isu Pendidikan Geografi di Malaysia

ISBN: 983-3759-04-1

Penulis: Abdul Hamid Abdullah dll

Tahun: 2006

Bidang: Geografi

RM 35.00 RM 28.00

Sinopsis

Kandungan

Komen

Geografi merupakan suatu disiplin ilmu yang pantas mengalami perubahan kerana ia berkait langsung dengan elemen ruang dan masa, segala perubahan yang berlaku dalam ruang akan memberi impak langsung kepada bidang geografi. Oleh itu, pendidikan geografi seharusnya sentiasa bersedia di samping berupaya memberi respons yang terbaik sebaik mungkin kepada perubahan- perubahan yang berlaku dalam bidang geografi. Jika diperhatikan dalam tempoh terdekat ini, pembangunan dalam aspek pengetahuan geografi bersama-sama dengan aplikasi kemahiran, konsep dan nilai telah memberi suatu dinamisme baharu kepada pendidikan geografi.

Pelbagai isu yang dikemukakan dalam buku ini berkaitan dengan situasi sebenar dalam pendidikan geografi khususnya di sekolah. Walaupun mata pelajaran geografi merupakan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas tetapi telah timbul minat pelajar untuk mempelajari geografi di peringkat prauniversiti. Bidang geografi akan menjadi semakin penting dan perlu selagi manusia itu berinteraksi dengan alam sekitar. Pengetahuan dalam bidang geografi dianggap sebagi input penting dalam membuat keputusan pada hari ini dan masa hadapan terutamanya dari segi keberkaitan geografi dalam perancangan dan pembangunan negara. Perubahan-perubahan yang dilakukan oleh manusia terhadap ruang akan memberi implikasi yang luas bukan sahaja kepada persekitaran fizikal terapi juga kepada manusia.

Tinjauan terhadap literasi geografi turut dibangkitkan daripada segi keperluan dalam pendidikan masa kini dan geografi amat sesuai diajar sebagai satu masa pelajaran dalam kurikulum pendidikan umum di pelbagai peringkat. Walaupun mata pelajaran geografi si sekolah telah dikelompokkan sebagai mata pelajaran pilihan di peringkat menengah atas, namun disiplin geografi masih lagi diperlukan dalam arus pendidikan negara pada masa kini. Peranan universiti awam penting dalam meletakkan disiplin geografi ini sama penting dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain. Disiplin geografi masih lagi menjadi pilihan kepada pelajar di peringkat universiti sama ada sebagai bidang major ataupun minor.

Pendidikan geografi juga tidak terkecuali daripada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini. Pendidikan geografi juga mampu menarik pelajar sekiranya pengajaran berbantukan komputer dilakukan. Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (SMG) cuba diperkenalkan dalam mata pelajaran geografi sekolah agar guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka. Isu-isu semasa yang berkaitan dengan pendidikan geografi dikemukakan begitu juga beberapa pandangan serta cadangan yang dirasakan boleh membantu dalam mempertingkatkan lagi disiplin geografi di peringkat sekolah dan juga institusi pengajian tinggi setempat khususnya.

Pendidikan Geografi di Malaysia: Isu dan Cabaran Semasa

Pendidikan Geografi di Malaysia: adakah Masih Relevan

Keberkaitan Geografi dalam Perancangan dan Pembangunan Negara

Keperluan dan keutamaan literasi Geografi dalam Pendidikan Umum : Satu Ulasan Ringkas

Pendidikan geografi di Universiti Pendidikan Sultan Idris: Ke arah Memartabatkan Disiplin Geografi dalam Pembangunan Negara

Kecenderungan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris memilih minor geografi

Literasi Geografi: Kajian Kes dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris

Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (SMG) dalam Pengajaran Mata Pelajaran Geografi pada Peringkat Sekolah Menengah di Malaysia

Tinjauan terhadap penterjemahan buku geografi sehingga kini

Merintis arah pendidikan geografi di Malaysia

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.