PENERBIT UPSI

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

|

|

|

|

|

|

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

 

Agama

 

Bahasa & Sastera

 

Sains Sukan

 

Modul

 

Teknologi Maklumat

 

Biologi

 

Seni

 

Jurnal

 

Ekonomi

 

Fizik

 

Geografi

 

Umum

 

Terbitan Khas

 

Kanak-kanak

 

Kimia

 

Komunikasi

 

Matematik

 

eBook

 

Pendidikan

 

Buku Terjemahan

Bahasa / Language

Tarikh kemaskini laman sesawang :7 September 2017

Kemahiran Mendengar Dalam Kaunseling

ISBN: 983-2620-14-7

Penulis: Abdul Malek bin Mat Zin

Tahun: 2003

Bidang: Komunikasi

RM 15.00 RM 12.00

Sinopsis

Kandungan

Komen

Mendengar bukanlah tugas yang senang. Penulis cuba mendedah dan menimbulkan kesedaran terhadap aktiviti mendengar (listening) kepada sesiapa sahaja yang berniat baik untuk menolong insan lain dalam menjalani kehidupan mereka sama ada untuk tujuan dunia mahu pun akhirat atau kedua-dua sekali. Tugas menolong dilakukan oleh manusia dalam kehidupan sehari-hari pada setiap masa. Banyak faedah jika kita dapat mendengar aktif.

Kandungan perbincangan buku ini menyentuh pendengaran dan mendengar yang diperlukan oleh seseorang penolong. Penekanan utama ialah kepada konsep mendengar (listening), khusus daripada aspek fizikal telinga dan aspek mendengar psikologikal, iaitu melalui hati, perasaan dan pemerhatian. Tujuan khusus penyampaian dalam buku ini adalah membincang aspek mendengar daripada sudut seorang penolong terutamanya kaunselor. Walaupun begitu penolong-penolong lain seperti penasihat, pembimbing, pengajar dan pengurus boleh mendapat manfaat daripada membaca buku ini.

Perbincangan juga menyentuh kemahiran respons untuk menolong setelah melalui proses mendengar. Respons yang diberikan adalah dalam kerangka ‘membantu’ pihak yang inginkan bantuan – dalam konteks ini dikenali sebagai klien dan kaunselor sebagai pembantu atau penolong.

Di bahagian akhir buku ini, dibincangkan halangan mendengar yang dihadapi oleh seseorang  kaunselor dan usaha mempertingkat keupayaan mendengar yang berkesan. Setelah membaca buku ini diharapkan pembaca mendapat celik-akal dan bersama-sama meneliti serta memperbaiki keupayaan diri sendiri dalam usaha menjadi penolong yang baik serta berkesan khususnya dalam aspek mendengar.

Menolong- Kaunseling

Pengenalan Mendengar

Mendengar-Kaunselor

Mendengar Untuk Respon

Halangan Mendengar - Kaunselor

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.