PENERBIT UPSI

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

|

|

|

|

|

|

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

Bahasa / Language

Tarikh kemaskini laman sesawang : 30 Mei 2017

Capaian

Pantas

Sejarah

Pengarah

Pencapaian

Carta Organisasi

Misi, Visi dan Objektif

Piagam Pelanggan

Pejabat Penerbit UPSI (Pejabat Karang Mengarang Terkini

Kakitangan terawal Pejabat Karang Mengarang semasa zaman Sultan Idris Teaching College (SITC) pada tahun 1922

Sejarah Penerbit UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Mei 1997. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, UPSI bercadang mengadakan aktiviti-aktiviti penerbitnya sendiri. Sebuah kertas Cadangan Penubuhan Penerbit UPSI telah dikemukan kepada Y. Bhg. Dato' Naib Canselor UPSI yang pertama pada 28 Ogos 2000 lalu untuk makluman dan tindakan beliau yang selanjutnya. Kertas Cadangan penubuhan Penerbit UPSI juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Mingguan TNC bersama Dekan dan penyelarasan Program kali-13 Bil. 13/2000 bertarikh 5 September 2000.

Penerbit UPSI telah ditubuhkan secara rasminya pada bulan November 2001. Sebelum ini Penerbit UPSI telah diterajui oleh penyelaras, pada bulan November 2001 seorang Pengarah telah dilantik dan Penerbit UPSI telah beroperasi secara rasmi bermula dari tarikh tersebut.

Pada 1 November 2002 Penerbit UPSi telah menyambut ulang tahun pertama penubuhannya. Pada masa ini. Penerbit UPSI beroperasi di pejabat baru yang terletak di bangunan Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI

Manakala pada tahun 2010, pejabat Penerbit UPSI telah berpindah ke pejabat baru terletak kawansan bekas tempat letak kenderaan Bangunan Tuanku Bainun. Pejabat tersebut mempunyai kemudahan seperti studio grafik, bilik mesyuarat, bilik ISO, bilik pencetak dan bilik stor.

Pada tahun 2012, nama Penerbit UPSI telah ditukar kepada Pejabat Karang Mengarang sejajar dengan ucapan naib canselor, Prof. Dato' Dr. Zakaria bin Kasa semasa Majlis Amanat Naib Canselor 2012.

1

2

3

2000-2006

Prof. Dr. Abdul Hamid bin Mahmood

Pengarah Penerbit UPSI (2000-2006)

2006-2008

Prof. Dr. Mohd Bohari bin Ahmad @ Muhammad Bukhari Lubis

Pengarah Penerbit UPSI (2006 - 2008)

2008-2012

Prof. Dr. Marzita Puteh

Pengarah Penerbit UPSI (2008 - 2012)

4

5

6

Mac-Okt 2012

Prof. Dr. Mahzan Arshad

Pengarah Penerbit UPSI (Mac 2012 - Oktober 2012) bertukar sebagai Dekan Institut Pengajian Siswazah

Okt 2012-Jun2013

Prof. Dr. Yusof bin Ibrahim

Pengarah Penerbit UPSI (Oktober 2012 - Jun 2013)

Julai 2013-kini

Prof. Madya Dr. Nasir bin Nayan

Pengarah Penerbit UPSI (Julai 2013 - kini)

Pencapaian

Penerbit UPSI (Pejabat Karang Mengarang) telah diberi amanah melaksanakan, merekabentuk, menerbitkan Buku Manual Fizikil Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN). Sebanyak 14 buah buku manual diterbitkan.

Karya "Dari Jendela Terbuka Sejambak Puisi Kanak-kanak" memenangi Anugerah Sastera Perdana Malaysia ke-19 bagi Kategori Kumpulan Puisi Kanak-kanak pada tahun 2010.

Buku Asas Seni Visual (2006) memenangi kategori hadiah bagi Kategori Editor Buku Terbaik Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial dalam Anugerah MAPIM 2007 yang dimenangi oleh Pegawai Penerbitannya, Siti Zabeha Ibrahim.

Anugerah Buku Negara 2005 kategori Senifoto Terbaik Buku ‘Coffee Table’ dalam Bahasa Malaysia menerusi buku Aspirasi Kebitaraan Ibu Kandung Suluh Budiman (2003) anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Tersenarai dalam senarai Bahan Bacaan Tambahan untuk perpustakaan sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antaranya, Evolusi Bahasa Melayu 2000 Tahun dari Zaman Purba ke Budaya Elektronik (2007), Nilai-nilai Melayu: Satu Sudut Pandangan Orang Luar (2007) dan Pendidikan Seks: Suatu Perspektif Sosial (2007).

Modul Kelompok Siri 1 (2010), Judul Terlaris MAPIM dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kaunseling Motivasi Berjaya Ke Universiti (2008), Judul Ketiga Terlaris MAPIM dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Penyelidikan Kuantiatif Pengenalan kepada Teori dan Metod(2005), Judul Keempat Terlaris MAPIM dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

​Kajian Tindakan dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Judul Kelima Terlaris MAPIM dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Anugerah Buku Negara 2014 bagi Buku Umum Terbaik Kategori Peradaban bagi buku bertajuk Global Minda Melayu karya susunan oleh Prof. Emeritus, Datuk Dr. Mohd Yusof Hasan terbitan Penerbit UPSI pada tahun 2013

Anugerah Bersama Hadiah Saguhati bagi Kategori Buku Karya Terjemahan buku bertajuk "Pengujikajian: Pengenalan kepada Teori Pengukuran dan Reka Bentuk Uji Kaji - Edisi Ketiga" Terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi tahun 2014

Menerima pingat gangsa sempena 26th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX 2015) dalam Kategori Membangunkan Sistem Pengurusan Stok dan Jualan bagi produk MyBook.

Menerima pingat emas sempena 27th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX 2016) dalam Kategori Membangunkan Sistem dan ICT bagi Sistem Pembangunan UPSI Journal.

Anugerah Sastera Negeri Kelantan 2015 kategori Hadiah Sastera: Buku (Esei / Kritikan) bagi judul karya Pemikiran Dharmawijaya - Menterjemahkan Sosialisasi Masyarakat Desa dan Kota, Terbitan Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anugerah Buku Negara bagi penerima Buku Umum Terbaik (Kategori Pendidikan) judul buku Malaysian Public Higher Education Institutions : Efficiency and Productivity Changes, Penulis oleh Mad Ithnin Salleh pada 25 November 2015

Anugerah Buku Negara 2017 bagi Kategori Buku Sejarah Terbaik untuk Buku Sejarah Tamadun Alam Melayu: Asal Usul Melayu, Induknya di Benua Sunda.

Anugerah Buku Negara 2017 bagi Kategori Buku Penyelidikan Kualitatif Terbaik untuk Buku Penyelidikan Kualitatif Pengenalan kepada Teori dan Metid (Edisi Kedua)

VISI

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

MISI

Untuk Menjadi Saluran Utama Yang Menerbitkan Bahan-Bahan Ilmiah Yang Mengambarkan Pencapaian, Kecemerlangan Dan Kegemilangan Ilmu Komuniti Pendidik

OBJEKTIF

Penerbit UPSI beriltizam untuk menjadi Penerbit IPTA yang cemerlang dengan menerbitkan bahan ilmiah bagi mencapai kecemerlangan ilmu di UPSI. Penerbit UPSI juga komited memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui penambahbaikan yang berterusan bagi mempertingkatkan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan MS ISO 9001:2008

Kami berjanji dengan memastikan:

 

1. Buku karya asli diterbitkan dalam tempoh enam bulan selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Penerbitan UPSI.

 

2. Menyerahkan produk percetakan dalam tempoh tiga hari bekerja selepas menerima bahan lengkap dari pelanggan dan diluluskan Pengarah.

 

3. Menyerahkan produk reka bentuk dalam tempoh lima hari bekerja selepas menerima bahan lengkap dari pelanggan dan diluluskan Pengarah.

 

4. Memastikan pembeli menerima pesanan atas talian dalam tempoh tujuh hari  bagi Semenanjung Malaysia dan 14 hari bagi Sabah dan Sarawak selepas pengesahan pembayaran

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.