PENERBIT UPSI

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

|

|

|

|

|

|

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

 

Agama

 

Bahasa & Sastera

 

Sains Sukan

 

Modul

 

Teknologi Maklumat

 

Biologi

 

Seni

 

Jurnal

 

Ekonomi

 

Fizik

 

Geografi

 

Umum

 

Terbitan Khas

 

Kanak-kanak

 

Kimia

 

Komunikasi

 

Matematik

 

eBook

 

Pendidikan

 

Buku Terjemahan

Bahasa / Language

Tarikh kemaskini laman sesawang : 30 Mei 2017

Manual Pendidikan Kanu Kebangsaan (Edisi Ketiga)

ISBN: 978-983-3759-79-8

Penulis: Md Amin Md Taff

Tahun: 2011

Bidang: Sains Sukan

RM 25.00 RM 20.00

Sinopsis

Kandungan

Komen

Manual Pendidikan Kanu Kebangsaan Edisi Ketiga ini merupakan kesinambungan dari edisi awal yang diterbitkan pada tahun 2006. Berkat sokongan pembaca, Iebih 7000 naskhah edisi pertama dan kedua telah terjual di seluruh negara. Manual ini bukan sahaja dijadikan sumber rujukan utama di Malaysia malah di Indonesia dan Brunei Darussalam.

Sejajar dengan perkembangan semasa sukan kayak yang amat pesat, Manual Pendidikan Kanu Kebangsaan Edisi Ketiga ini dihasilkan khusus untuk memberikan pendedahan awal kepada para penggiat sukan kanu tentang teori asas dan teknik berkanu.

Kandungan buku ini digarap khusus berdasarkan Kurikulum Pendidikan Kanu Kebangsaan yang digubal oleh Persatuan Kanu Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta Universiti Pendidikan Sultan Idris. Fokus utama penerbitan buku ini amat selaras dengan kurikulum tersebut iaitu untuk mewujudkan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran aktiviti kayak secara sistematik dan saintifik.

Pelbagai maklumat terbaru aktiviti berkayak dimuatkan dalam Edisi Ketiga ini. Antaranya ialah perincian evolusi reka bentuk kayak masa kini, pengurusan risiko dalam aktiviti berkayak, penerangan terperinci tentang morfologi laut, cadangan pelbagai permainan kreatif serta pertambahan gambar berwarna yang berlatarbelakangkan senario berkayak di Malaysia. Selain itu, maklumat terdahulu yang merangkumi sejarah, peralatan, teknik berkayak, morfologi alam dan kepelbagaian disiplin sukan kanu telah diperkemas berdasarkan perkembangan terkini.

Pengolahan bahasa yang mudah dan ringkas menjadikan buku ini sesuai untuk dijadikan panduan oleh semua sama ada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) mahupun badan-badan profesional yang terlibat dalam aktiviti kayak dan rekreasi air di seluruh negara.

Semoga Manual Pendidikan Kanu Kebangsaan Edisi Ketiga ini dapat dijadikan panduan asas jurulatih dan penggiat aktiviti kayak khusus untuk membangunkan aktiviti kayak negara di samping melahirkan penggiat kayak yang berilmu.

 

Pengenalan

Sejarah Perkembangan Aktiviti Kayak

Peralatan

Teknik Penjagaan

Keselamatan Berkayak

Navigasi Cuaca dan Alam Sekitar

Teknik dan Asas Berkayak

Teknik Asas Dayungan

Kemahiran Dayungan Lanjutan

Teknik Gulingan

Teknik Menyelamat di Air

Program Latihan Kecergasan

Lokasi Menari untuk Aktiviti Kayak

Kepelbagaian Aktiviti Kayak

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.