Penerbit UPSI

Ingin menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

Pelbagai info dan maklumat laman sesawang Penerbit UPSI

Media dalam Pendidikan

MYR 47.00

ISBN: 983-2620-96-1

Penulis: Kassim Abbas

Tahun: 2006

Bidang: Pendidikan

  • Sinopsis (Sila Klik)

    Buku ini mendedahkan guru-guru kepada pelbagai jenis media pendidikan, elektronik dan bukan elektronik, yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia dimulakan dengan perbincangan mengenai faedah penggunaan pendekatan bersistem dalam perancangan pengajaran guru. Sebagai golongan yang telah menerima latihan profesional, guru-guru seharusnya merancang semua aspek pengajarannya dengan teliti sebelum menyampaikannya kepada pelajar-pelajar. Pendidikan bersistem pada keseluruhannya memfokuskan kepada keperluan pelajar-pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran.

    Turut dibincangkan ialah media bukan-elektronik buku-buku, gambar-gambar, bahan-bahan grafik, objek-objek sebenar, glob dan peta, model atau contoh rupa, sumber manusia dan sebagainya yang masih relevan sebagai media berkesan dalam pengajaran-pembelajaran terutamanya bagi menyampaikan konsep-konsep yang mudah serta tidak melibatkan aspek animasi.

    Pun begitu, media dalam pendidikan tidaklah sesempit di atas. Buku ini juga memberi perhatian kepada pelbagai media elektronik kerana dapat membantu guru-guru menyampaikan konsep-konsep yang sukar serta memerlukan animasi dalam pengajaran mereka. Di antaranya ialah program-program TV Pendidikan,Radio Pendidikan, Filem Jalur, Filem 8mm, Filem 16mm, Transparensi OHP, bahan-bahan bentuk mikro (microforms) dan sebagainya yang memerlukan peralatan Hardware elektronik untuk menggunakannya.

    Dalam era digital ini pula, komputer dan teknologi maklumat dan komunikasi menjadi begitu penting dalam kehidupan seharian masyarakat. Oleh itu, satu bab dikhaskan dalam buku ini untuk membincangkan sejarah penciptaan komputer peribadi, bahasa program komputer, kesan teknologi maklumat kepada individu, masyarakat dan pemerintah, internet dan aplikasi perisian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Setelah membaca buku ini, guru-guru akan sedar betapa luasnya pilihan media yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran khasnya dan mutu pendidikan amnya.
  • Kandungan (Sila Klik)

    • Pendekatan bersistem dalam Perancangan pengajaran dan pembelajaran
    • Masyarakat sebagai pusat pembelajaran
    • Memilih, mengguna dan menghasilkan Media
    • Pameran dan Asas-Asas komunikasi
    • Bahan-bahan Grafik
    • Transparensi dan Tayangan Overhead
    • Fotografi
    • Gambar-gambar Pegun
    • Bahan-bahan Audio
    • Wayang Gambar (movies)
    • Objek Sebenar, model dan Demontrasi
    • Media Cetakan, Multimedia dan Mikrofon
    • Televisyen dan TV Pendidikan
    • Komputer dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi