PENERBIT UPSI

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

|

|

|

|

|

|

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

 

Agama

 

Bahasa & Sastera

 

Sains Sukan

 

Modul

 

Teknologi Maklumat

 

Biologi

 

Seni

 

Jurnal

 

Ekonomi

 

Fizik

 

Geografi

 

Umum

 

Terbitan Khas

 

Kanak-kanak

 

Kimia

 

Komunikasi

 

Matematik

 

eBook

 

Pendidikan

 

Buku Terjemahan

Bahasa / Language

Tarikh kemaskini laman sesawang :7 September 2017

Nilai Melayu dalam Pantun

ISBN: 978-983-3759-77-4

Penulis: Mohd Rashid Md Idris

Tahun: 2011

Bidang: Bahasa dan Sastera

RM 36.00 RM 28.80

Sinopsis

Kandungan

Komen

Buku ini membincangkan kajian bahasa dan sudut fungsionalnya, lantas dianalisis fungsi bahasa menerusi teks kajian, iaitu Kumpulan Pantun Melayu (1983). Bahasa amat berhubung erat dengan pemikiran. Lantas, dikemukakan Teori Falsafah Bahasa (Mohd Rashid Md Idris, 2007) yang mengetengahkan tiga prinsip dalam memastikan fungsi bahasa dimanfaatkan. Pertama, perlunya kita berbahasa menurut nahu bahasa tersebut demi mencapai objektifnya. Kedua, perlu juga kita berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang betul. Ketiga, wajar sekali kita berbahasa untuk tujuan ibadah. Dengar demikian, kita telah melakukan yang terbaik dalam kegiatan berbahasa.

Dengan aplikasi Teori Falsafah Bahasa, perbincangan selanjutnya terhadap nilai, Melayu dalam pantun yang merangkumi (i) nilai keindahan bahasa Melayu, (ii) nilai kebijaksanaan Melayu, dan (iii) nilai budiman. Dapatan pertama tentang nilai keindahan bahasa diperbahaskan dan aspek fizikal dan spiritual. Aspek kedua pula berhubung nilai kebijaksanaan orang Melayu yang terlihat dalam hampir semua kegiatan hidup mereka. Hal ini dirakamkan dalam tujuh kategori nilai kebijaksanaan, iaitu ketika mendidik; ketika beninteraksi sesama pemantun; ketika berinteraksi dengan alam; ketika bekerja; ketika memimpin; ketika berubat; dan termasuk ketika berhibur.

Seterusnya dibincangkan nilai manusia budiman yang menjurus kepada nilai-nilai anjuran dan tegahan. Didapati bahawa nilai-nilai Melayu amat sinonim dengan konsep manusia budiman, maka diperoleh lima nilai anjuran, iaitu budi bahasa; budi pekerti; budi bicara; hati budi; dan akal budi. Akhirnya diketengahkan satu rumusan yang komprehensif menjurus kepada nilai kejayaan (aI-falah) acuan Melayu yang diharapkan adalah hasil gagasan idea daripada Teori Falsafah Bahasa yang menekankan kepada tiga prinsip asas dalam urusan berbahasa demi mencapai kesempurnaannya.

-tiada-

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.