PENERBIT UPSI

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

|

|

|

|

|

|

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

 

Agama

 

Bahasa & Sastera

 

Sains Sukan

 

Modul

 

Teknologi Maklumat

 

Biologi

 

Seni

 

Jurnal

 

Ekonomi

 

Fizik

 

Geografi

 

Umum

 

Terbitan Khas

 

Kanak-kanak

 

Kimia

 

Komunikasi

 

Matematik

 

eBook

 

Pendidikan

 

Buku Terjemahan

Bahasa / Language

Tarikh kemaskini laman sesawang :7 September 2017

Penaksiran dalam Pendidikan dan Sains Sosial

ISBN: 978-983-3759-27-9

Penulis: Abu Bakar Nordin dan Bhasah Abu Bakar

Tahun: 2008

Bidang: Pendidikan

RM 87.00 RM 69.60

Sinopsis

Kandungan

Komen

Penaksiran dalam pendidikan & sains sosial merupakan sebuah buku hasil penulisan gabungan dua pensyarah yang berpengalaman dan diterima sebagai pakar bidang masing-masing. Mereka islah profesor Dato’ Dr. Abu Bakar Nordin dan Profesor madya Dr. Hj Bhasah Hj. Abu Bakar. Penulisan dalam buku ini banyak meneliti aspek-apsek penting yang perlu diketahui oleh semua pihak yang terlibat dalam aktiviti penaksiran psikologi dan pendidikan tanpa mengira sama ada pembacanya terdiri daripada seorang pakar atau seorang pelajar dalam bidang ini. Bagi seorang pelajar pula, sudah pasti banyak perkara baru yang akan diketahui dan dengan satu pendekatan yang baru mereka akan lebih mudah memahami serta dapat mendalami bidang ini. Bagi seorang pakar pula, butiran yang diolah dan disampaikan melalui perspektif baru akan mencabar pandangan dan pendirian yang sedia ada, dan justeru itu banyak perkara yang berkaitan dengan bidang mungkin dapat ditinjau dari perspektif yang agak berbeza dari yang lazimnya. Bermulanya buku ini dengan bab pertama pembaca akan tercabar dengan penjelasan tentang istilah-istilah yang sehingga ini tidak dilihat dalam konteks perkembangan sains psikometrik. Bab-bab seterusnya tidak hanya diulas tetapi dikemukakan dengan cara supaya pembaca dapat berinteraksi dengan idea-idea baru dan diharapkan pembaca akan lebih kritikal supaya pandangan yang dikemukakan itu tidak terus diterima tanpa banyak persoalan atau sekurang-kurangnya merangsang minda untuk lebih berfikir dengan cara yang lebih kritis. Adalah menjadi harapan kami buku ini tidak semata-mata menjadi sebagai sebuah buku rujukan bagi pelajar di institut pengajian tinggi juga bagi semua mereka yang berminat dengan bidang psikometrik sama ada mereka ini ahli psikologi, kaunselor, guru, ibu bapa atau pegawai yang terlibat dengan kerja-kerja sosial atau orang awam.

Penilaian Dalam Sains Perlakuan Dan Sains Kemasyarakatan

Penilaian Dan Proses Pengajaran-Pembelajaran

Objektif

Objektif Kognitid

Objektif Afektif

Objektif Psikomotor

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

Penilaian Diagnostik

Penilaian-Penilaian Lain

Penaksiran Alternatif

Ujian Praktikal

Ciri-Ciri Penting Dalam Ujian Dan Penilaian

Pembentukan Ujian

Pentadbiran Dan Pemeriksaan Ujian

Ujian Rujukan Kriteria

Analisis Item Atau Soalan

Statistik Huraian

Penskoran, Penggredan Dan Pentafsiran Skor Ujian

Rekod Dan Pelaporan

Teori Respon Item

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.