PENERBIT UPSI

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

Tarikh kemaskini laman sesawang :13 November 2017

Capaian

Pantas

Pencapaian Penerbit UPSI

Pencapaian

Penerbit UPSI (Pejabat Karang Mengarang) telah diberi amanah melaksanakan, merekabentuk, menerbitkan Buku Manual Fizikil Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN). Sebanyak 14 buah buku manual diterbitkan.

Karya "Dari Jendela Terbuka Sejambak Puisi Kanak-kanak" memenangi Anugerah Sastera Perdana Malaysia ke-19 bagi Kategori Kumpulan Puisi Kanak-kanak pada tahun 2010.

Buku Asas Seni Visual (2006) memenangi kategori hadiah bagi Kategori Editor Buku Terbaik Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial dalam Anugerah MAPIM 2007 yang dimenangi oleh Pegawai Penerbitannya, Siti Zabeha Ibrahim.

Anugerah Buku Negara 2005 kategori Senifoto Terbaik Buku ‘Coffee Table’ dalam Bahasa Malaysia menerusi buku Aspirasi Kebitaraan Ibu Kandung Suluh Budiman (2003) anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Tersenarai dalam senarai Bahan Bacaan Tambahan untuk perpustakaan sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antaranya, Evolusi Bahasa Melayu 2000 Tahun dari Zaman Purba ke Budaya Elektronik (2007), Nilai-nilai Melayu: Satu Sudut Pandangan Orang Luar (2007) dan Pendidikan Seks: Suatu Perspektif Sosial (2007).

Modul Kelompok Siri 1 (2010), Judul Terlaris MAPIM dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kaunseling Motivasi Berjaya Ke Universiti (2008), Judul Ketiga Terlaris MAPIM dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Penyelidikan Kuantiatif Pengenalan kepada Teori dan Metod(2005), Judul Keempat Terlaris MAPIM dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

​Kajian Tindakan dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Judul Kelima Terlaris MAPIM dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Anugerah Buku Negara 2014 bagi Buku Umum Terbaik Kategori Peradaban bagi buku bertajuk Global Minda Melayu karya susunan oleh Prof. Emeritus, Datuk Dr. Mohd Yusof Hasan terbitan Penerbit UPSI pada tahun 2013

Anugerah Bersama Hadiah Saguhati bagi Kategori Buku Karya Terjemahan buku bertajuk "Pengujikajian: Pengenalan kepada Teori Pengukuran dan Reka Bentuk Uji Kaji - Edisi Ketiga" Terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi tahun 2014

Menerima pingat gangsa sempena 26th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX 2015) dalam Kategori Membangunkan Sistem Pengurusan Stok dan Jualan bagi produk MyBook.

Menerima pingat emas sempena 27th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX 2016) dalam Kategori Membangunkan Sistem dan ICT bagi Sistem Pembangunan UPSI Journal.

Anugerah Sastera Negeri Kelantan 2015 kategori Hadiah Sastera: Buku (Esei / Kritikan) bagi judul karya Pemikiran Dharmawijaya - Menterjemahkan Sosialisasi Masyarakat Desa dan Kota, Terbitan Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anugerah Buku Negara bagi penerima Buku Umum Terbaik (Kategori Pendidikan) judul buku Malaysian Public Higher Education Institutions : Efficiency and Productivity Changes, Penulis oleh Mad Ithnin Salleh pada 25 November 2015

Anugerah Buku Negara 2017 bagi Kategori Buku Sejarah Terbaik untuk Buku Sejarah Tamadun Alam Melayu: Asal Usul Melayu, Induknya di Benua Sunda.

Anugerah Buku Negara 2017 bagi Kategori Buku Penyelidikan Kualitatif Terbaik untuk Buku Penyelidikan Kualitatif Pengenalan kepada Teori dan Metid (Edisi Kedua)

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.