PENERBIT UPSI

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

|

|

|

|

|

|

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

 

Agama

 

Bahasa & Sastera

 

Sains Sukan

 

Modul

 

Teknologi Maklumat

 

Biologi

 

Seni

 

Jurnal

 

Ekonomi

 

Fizik

 

Geografi

 

Umum

 

Terbitan Khas

 

Kanak-kanak

 

Kimia

 

Komunikasi

 

Matematik

 

eBook

 

Pendidikan

 

Buku Terjemahan

Bahasa / Language

Tarikh kemaskini laman sesawang : 30 Mei 2017

Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metode (Edisi Kedua)

ISBN: 978-983-2620-81-3

Penulis: Othman Lebar

Tahun: 2017

Bidang: Pendidikan

RM50.00 RM 40.00

Sinopsis

Kandungan

Komen

Perbincangan teori dan metode penyelidikan kualitatif memberi tumpuan kepada latar belakang perkembangan penyelidikan dari segi sejarah perkembangannya, pendekatan metodologi utama yang sering digunakan serta asas pemikiran dan falsafah yang mendasari paradigma dan pendekatan penyelidikan. Peranan teori juga disentuh dengan panjang lebar bagi menjelaskan kedudukan teori dalam menjalankan penyelidikan kualitatif. Ciri-ciri yang dihuraikan ini dapat membezakan dengan jelas antara penyelidikan kualitatif dan penyelidikan kuantitatif.

Susunan bahagian dan bab dalam buku ini mengambilkira kesesuaiannya dalam memahami prosedur dan proses penyelidikan kualitatif serta berkaitan antara teori dan amali dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. Penulisan ini disusun sedemikian rupa bagi membolehkan pembaca meneliti aspek pemikiran dan paradigma yang menjadi asas penyelidikan kualitatif dan bagaimana asas-asa tersebut digunakan dalam pengkonsepsian dan operasi penyelidikan kualitatif.

Selain itu, buku boleh dijadikan sumber rukukan berkaitan dengan pendekatan penyelidikan kualitatif yang boleh digunakan oleh penyelidik dalam mengkaji isu dan fenomena sosial, politik, ekonomi dan bidang-bidang lain yang menuntut pemahaman yang mendalam serta menyeluruh.

Bahagian I Pengenalan kepada Penyelidiakan Kualitatif

Bab 1 Apa itu Penyelidikan Kualitatif

Bab 2 Teori dalam Penyelidikan Kualitatif

Bab 3 Etika dalam Penyelidikan Kualitatif

Bahagian II Mereka Bentuk Kajian dan Persampelan

Bab 4 Memilih dan Membina Reka Bentuk Kajian

Bab 5 Membina Kerangka Kajian

Bahagian III Pendekatan dalam Penyelidikan Kualitatif

Bab 6 Tradisi Penyelidikan Kualitatif

Bahagian IV Mengumpul dan Menjana Data Kualitatif

Bab 7 Pengumpulan Data

Bab 8 Pemerhatian

Bab 9 Temu Bual

Bab 10 Sumber Dokumen

Bahagian V Mengurus dan Menganalisis Data

Bab 11 Merekod, Mengurus dan Menganalisis Data

Bahagian VI Menulis Laporan Kajian dan Cadangan Penyelidikan

Bab 12 Proses Menulis Laporan

Bab 13 Menulis Cadangan Penyelidikan

Bahagian VII Menangani Isu Kesahan, Kebolehpercayaan dan Kualiti

Bab 14 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Bab 15 Subjektiviti dalam Penyelidikan Kualitatif

Bab 16 Penilaian Kualiti Penyelidikan Kualitatif

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.