PENERBIT UPSI

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

|

|

|

|

|

|

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

Bahasa / Language

Tarikh kemaskini laman sesawang : 30 Mei 2017

Capaian

Pantas

Soalan Lazim

1. Bagaimana untuk membeli buku-buku terbitan Penerbit UPSI?

Terdapat dua kaedah untuk membuat pembelian buku terbitan kami

1. Pembelian terus ke premis (Pejabat Penerbit UPSI) yang terletak di aras bawah Bangunan Perpustakaan Tuanku Bainun. Kaedah ini amat sesuai bagi pelanggan yang tinggal berhampiran dengan UPSI, Tanjong  Malim.

2. Bagi pelanggan yang tinggal jauh, Penerbit UPSI menyediakan perkhidmatan pembelian secara dalam talian (online). Sila layari website http://epayment.upsi.edu.my/onlinepenerbit/ dan buku akan terus dihantar ke alamat yang diberikan.

2. Adakah buku-buku terbitan Penerbit UPSI ada di kedai-kedai buku utama di seluruh negara?

Penerbit UPSI mengakui kekurangan ini dan tidak semua kedai ada mempamerkan buku-buku terbitan Penerbit UPSI. Sehingga ke hari ini buku terbitan kami hanya boleh diperoleh di Kedai Buku Syarikat Muda Osman (SMO) cawangan seksyen 7 Shah Alam. Atas kelemahan ini Penerbit UPSI menyediakan pembelian secara online dan boleh layari http://epayment.upsi.edu.my/onlinepenerbit/. Selain itu pelanggan juga boleh memesan melalui pengedar buku kami yang berada di seluruh negara dan rata-ratanya setiap negeri mempunyai wakil pengedar kami termasuk Brunei dan Singapura. Untuk mendapatkan senarai pengedar kami sila layari http://penerbit.upsi.edu.my/pengedar-buku-penerbit-upsi.html

3. Sekiranya buku yang dipesan secara online mengalami kerosakan dan tidak sampai. Kepada siapa patut kami berhubung?

Sekiranya pelanggan kami yang dihormati mengalami masalah seperti di atas, tuan dan puan boleh menghubungi kakitangan kami iaitu Encik Ramli/ Encik Daud/ Encik Ismail/ Puan Norreha di talian 05-4506803/ 6464/ 5600 ataupun emelkan sebarang aduan ke penerbit@upsi.edu.my

4. Bagaimana kami hendak mengetahui aktiviti Penerbit UPSI?

Pelanggan boleh LIKE aktiviti kami di facebook Penerbit UPSI untuk mengetahui secara pantas sebarang aktiviti kami seperti pameran/ pesat buku yang kami sertai, buku-buku terbitan terbaru, aktivit penerbitan buku dan lain-lain. Terbitan buku terbaru kami juga boleh didapati dengan melayari website rasmi kami di http://penerbit.upsi.edu.my/

5. Bagaimana pihak Fakulti, PTJ atau Pusat ingin memohon khidmat rekabentuk grafik dan prosedurnya?

Pihak Fakulti, PTJ atau Pusat boleh memohon khidmat rekabentuk dengan menyediakan memo permohonan melalui Pengarah Pejabat Karang Mengarang, mengisi maklumat pada Borang Permohonan Khidmat Rekabentuk Grafik yang boleh dimuat turun melalui website penerbit dan menyediakan softcopy asal maklumat yang perlu dimasukkan seperti teks atau gambar. Adalah dinasihatkan agar mengadakan perbincangan lanjut agar maklumat dapat disampaikan dengan mudah.

6. Bagaimana pihak Fakulti, PTJ atau Pusat ingin memohon pencetakan?

Bagi pihak Fakulti, PTJ atau Pusat ingin memohon pencetakan perlu menyediakan memo permohonan pencetakan melalui Pengarah Pejabat Karang Mengarang, Borang Permohonan Pencetakan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang dan menyediakan softcopy asal untuk cetakan. Perlu diingatkan bahan yang diberikan hendaklah betul-betul bersih dan tiada pembetulan. Pihak Fakulti, PTJ atau Pusat juga perlu menyediakan kertas mengikut saiz dan jumlah yang dikehendaki. Had pencetakan yang dibenarkan ialah sebanyak 250 set. Permohonan pencetakan ini akan dikenakan bayaran dan memo bayaran akan dilampirkan kepada pihak Fakulti, PTJ atau Pusat kemudian.

7. Adakah Pejabat Karang Mengarang terlibat dengan pensijilan MS : ISO? Apakah prosedur yang terlibat dalam pensijilan MS ISO ini?

Ya. Pejabat Karang Mengarang terlibat dengan pensijilan MS ISO 9001:2008. Prosedur  yang terlibat adalah Prosedur Aktiviti Karya Asli Ilmiah dan Prosedur Pemasaran dan Pengurusan Stor.

8. Bagaimanakah cadangan atau aduan terhadap perkhidmatan Pejabat Karang Mengarang boleh dibuat?

Cadangan/aduan terhadap perkhidmatan Pejabat Karang Mengarang boleh dibuat melalui dengan menghantar terus aduan ke emel: penerbit@upsi.edu.my atau melalui Borang Maklumbalas yang disediakan di pejabat am, Pejabat Karang Mengarang.

9. Berapakah tempoh masa bagi sesuatu proses pembayaran dibuat  kepada pembekal?

Bayaran kepada pembekal dibuat dalam tempoh 14 hari dari bekalan dan dokumen pembayaran lengkap diterima.

10. Apakah kriteria manuskrip yang diperlukan untuk penghantaran ?

Kriteria manuskrip yang diperlukan untuk terbitan antaranya seperti berikut:

1. Halaman judul

2. Dedikasi (jika ada)

3. Senarai kandungan

4. Seluruh badan teks

5. Nota kaki (jika ada)

6. Ilustrasi/jadual/foto (jika ada)

7. Senarai rujukan/bibliografi

8. Lampiran (jika ada)

9. Glosari (jika ada)

10. Indeks (jika ada)

11. Maklumat untuk kulit belakangbuku

11. Berapa lamakah proses sebuah manuskrip untuk diterbitkan?

Tempoh penerbitan buku karya asli adalah 6 bulan bagi setiap judul selepas Pengarang membuat pembetulan berdasarkan laporan Penilai.

12. Apakah prosedur penghantaran manuskrip?

Bagi para akademik UPSI manuskrip hendaklah melalui proses penilaian awal terlebih dahulu dan melalui kelulusan Jawatankuasa Penyelidikan, Perundingan Penebitan & Pengkomersialan (JPPPP) diperingkat fakulti masing-masing sebelum dihantar terus kepada Penerbit UPSI Bukan ahli akademik upsi manuskrip dibenarkan menghantar terus ke UPSI dan pihak kami akan mengusulkan kepada Jawatankuasa Penyelidikan , Perundingan Penebitan & Pengkomersialan (JPPPP) mengikut disiplin ilmu.

13. Dalam bahasa apakah buku boleh diterbitkan?

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kami juga pernah menerbitkan buku latihan dalam bahasa,bahasa Mandarin, bahasa Jepun, bahasa Sepanyol, bahasa bahasa Arab.

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.