PENERBIT UPSI

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

|

|

|

|

|

|

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

 

Agama

 

Bahasa & Sastera

 

Sains Sukan

 

Modul

 

Teknologi Maklumat

 

Biologi

 

Seni

 

Jurnal

 

Ekonomi

 

Fizik

 

Geografi

 

Umum

 

Terbitan Khas

 

Kanak-kanak

 

Kimia

 

Komunikasi

 

Matematik

 

eBook

 

Pendidikan

 

Buku Terjemahan

Bahasa / Language

Tarikh kemaskini laman sesawang :7 September 2017

Teori Falsafah Bahasa: Teori Rashid

ISBN: 978-983-3759-91-0

Penulis: Mohd Rashid Md Idris

Tahun: 2012

Bidang: Bahasa dan Sastera

RM 22.00 RM 17.60

Sinopsis

Kandungan

Komen

Buku ini membincangkan suatu kerangka teori tentang falsafah bahasa. Teori yang diketengahkan ini adalah hasil pemurnian daripada Model Falsafah Bahasa yang dikemukakan penulis pada tahun 2007 untuk memperoleh Ijazah Doktor Falsafah ketika itu. Teori ini juga dinamai Teori Rashid kerana perbincangan tentang teori ini adalah selari dengan makna perkataan Rashid dalam bahasa Arab, iaitu penunjuk ke arah jalan yang lurus. Ringkasnya, teori ini akan membicarakan dua persoalan penting, iaitu pertama, persoalan huraian rajah Teori Falsafah Bahasa dan keduanya, persoalan tiga prinsip yang terkandung dalam teori ini.

Perbincangan tentang Teori Falsafah Bahasa telah dapat menyelesaikan beberapa persoalan asas yang berhubung kait dengan kajian bahasa dan kajian falsafah. Apatah lagi kajian dalam bidang ini amat kurang diterokai oleh para sarjana tempatan kecuali yang dilakukan oleh pemuka-pemuka awal seperti Syed Muhamad Naquib, Hashim Hj. Musa, Asmah Hj. Omar dan Awang Sariyan. Namun begitu, pemuka-pemuka ini tidak pernah mengemukakan teori peribadi dalam bidang falsafah bahasa. Atas kesedaran ini selaku anak murid kepada pemuka-pemuka di atas, maka difikirkan perlu tindakan yang lebih proaktif untuk terus memperkembang bidang falsafah bahasa di tanah air dengan mengemukakan suatu teori yang boleh menjadi pegangan asas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang ini.

-tiada-

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.