PENERBIT UPSI

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

Tarikh kemaskini laman sesawang :13 November 2017

 

Agama

 

Bahasa & Sastera

 

Sains Sukan

 

Modul

 

Teknologi Maklumat

 

Biologi

 

Seni

 

Jurnal

 

Ekonomi

 

Fizik

 

Geografi

 

Umum

 

Terbitan Khas

 

Kanak-kanak

 

Kimia

 

Komunikasi

 

Matematik

 

eBook

 

Pendidikan

 

Buku Terjemahan

Tokoh-Tokoh Guru Nusantara

ISBN: 983-2620-53-8

Keluaran Khas

Tahun: 2004

Bidang: Umum

RM 30.00 RM 24.00

Sinopsis

Kandungan

Komen

Tokoh-tokoh guru Nusantara menghimpunkan biografi tokoh-tokoh guru dari empat negara rumpun Nusantara, iaitu Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia yang kesemuanya menyumbangkan idea dan pengalaman yang cukup berguna dalam perkembangan pendidikan.

Antara nama besar yang terakam dalam buku ini ialah tokoh guru dari Malaysia seperti Pendeta Za’ba, Ibu Zain, Aminuddin Baki, Awang Had Salleh, Murad Mohd Noor dan biografi 22 tokoh guru kebangsaan lulusan SITC/MPSI. Buku ini turut memberi penghormatan kepada Ketua-Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dengan memuatkan biografi mereka.

Tokoh-tokoh guru Singapura termasuk Harun Aminurrashid, Mahmud Ahmad, Muhammad Ariff Ahmad (MAS), Masuri Salikun @ Masuri SN, Surat Markasan; tokoh guru Brunei ialah Marsal Maun, PSN Pengiran Yusuf Rahim, Pehin Dr jamil; HAMKA, Natsir, Sultan takdir Alisjahbana, Kartini dan Nurcholis Majid (Cak Nur) adalah antara tokoh guru Indonesia yang termuat dalam buku ini.

Biografi 83 tokoh guru Nusantara ini wajar mendapat tempat di perpustakaan institusi pendidikan Malaysia, Singapura,  Brunei dan Indonesia. Selain itu, buku ini perlu memiliki kaum guru kerana nama-nama yang terpilih dalam buku ini adalah buku ini adalah antara tokoh guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang boleh dijadikan contoh teladan dalam memperkasa profesion pengurusan.

Hari Guru Peringkat Kebangsaan

Tokoh Guru Kebangsaan Lulusan Sitc/Mpsi

Tokoh Guru Malaysia

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Tokoh Guru Singapura

Tokoh Guru Negara Brunei Darussalam

Tokoh Guru Indonesia

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.