PENERBIT UPSI

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

|

|

|

|

|

|

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

 

Agama

 

Bahasa & Sastera

 

Sains Sukan

 

Modul

 

Teknologi Maklumat

 

Biologi

 

Seni

 

Jurnal

 

Ekonomi

 

Fizik

 

Geografi

 

Umum

 

Terbitan Khas

 

Kanak-kanak

 

Kimia

 

Komunikasi

 

Matematik

 

eBook

 

Pendidikan

 

Buku Terjemahan

Bahasa / Language

Tarikh kemaskini laman sesawang :7 September 2017

Transformasi Pendidikan Murid Kurang Upaya

ISBN: 978-967-0924-36-6

Penulis: Norfishah Mat Rabi

Tahun: 2016

Bidang: Pendidikan

RM 35.00 RM 28.00

Sinopsis

Kandungan

Komen

Transformasi Pendidikan Murid Kurang Upaya menjelaskan pelbagai persoalan berkaitan dengan transformasi pendidikan untuk murid kurang upaya. Kategori murid kurang upaya yang dihuraikan dalam buku ini adalah berkaitan dengan kurang upaya pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, masalah pembelajaran dan kombinasi kedua-dua ketidakupayaan atau ketidakupayaan dengan masalah pembelajaran. Keistemewaan buku ini adalah kerana isi kandungan buku meninjau sejarah perkembangan pendidikan murid kurang upaya sejak tahun 1920-an sehingga tahun 2015. Isu-isu  transformasi pendidikan murid kurang upaya meliputi aspek penawaran pendidikan khas, pelan pendidikan yang disediakan, pelaksanaan program pendidikan khas, perkembangan teknologi dalam pendidikan murid kurang upaya, sokongan komuniti, hala tuju masa depan pendidikan dalam pendidikan murid kurang upaya dan bagaimana terhasilnya generasi alaf baru murid kurang upaya di Malaysia. Berdasarkan pengalaman penulis dalam bidang pendidikan murid kurang upaya sebagai guru, pensyarah, penyelidik dan penulis, isu-isu kependidikan dan pentransformasian pendidikan untuk murid kurang upaya diolah dengan terperinci untuk menjadi bahan rujukan pelbagai pihak.

 

Bukuini diharapkan boleh memberi maklumat yang jelas kepada bakal-bakal guru terutamanya yang masih berada di pusat-pusat pengajian tinggi, guru-guru disekolah, para penulis buku teks dan buku rujukan, pengubal kurikulum, para penyelidik, ibu bapa, serta individu yang berminat dengan pendidikan murid kurang upaya untuk memahami dengan lebih mendalam tentang isu transformasi pendidikan murid kurang upaya dahulu dan sekarang. Huraian yang terperinci tentang aspek transformasi pendidikan murid kurang upaya di Malaysia dan maklumat yang dipaparkan dalam buku ini diharapkan dapat membantu sesiapa sahaja yang ada hubungan dengan kurid kurang upaya.

Klasifikasi Murid Kurang Upaya

Penawaran Pendidikan Khas

Pelan Pendidikan Khas

Perlaksanaan Program Pendidikan Khas

Teknologi Pengajaran dalam Pendidikan Khas

Sokongan Komuniti untuk Murid Kurang Upaya

Isu dan Hala Tuju Pendidikan untuk Murid Kurang Upaya

Generasi Alaf Baru Murid Kurang Upaya

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.