PENERBIT UPSI

Pencarian kata kunci, ISBN, tajuk buku, nama penulis dan sebagainya

|

|

|

|

|

|

Untuk Menjadi Peneraju dalam Penerbitan Ilmiah Bertaraf Dunia

Bahasa / Language

Tarikh kemaskini laman sesawang : 30 Mei 2017

Capaian

Pantas

Pengurusan Editorial

Kreatif

Pemasaran, Promosi dan Kedai Buku

Pentadbiran dan Kewangan

Pengenalan

Bahagian ini akan diketuai oleh En. Azlan Dahari, Pegawai Penerbitan. Bahagian ini secara keseluruhannya akan menjalankan fungsi berikut:

 Merancang perolehan dan pembangunan judul penerbitan.

 Merancang pengurusan  penerbitan buku ilmiah dan penerbitan jurnal.

 Merancang pengurusan penerbitan dan perkhidmatan terjemahan.

 Merancang penganjuran bengkel, kursus dan bimbingan memantapkan hasil penerbitan.

 Mengurus dan memantau keseluruhan proses penerbitan.

 Merancang usaha sama penerbitan dengan institusi luar.

 Memantau pendokumentasian proses penerbitan.

 Menyediakan laporan penerbitan universiti.

 

Bagi memantapkan fungsi dan peranan, bahagian ini akan dipecahkan kepada 3 unit iaitu Unit Penerbitan Buku, Unit Penerbitan Jurnal dan Unit Terjemahan dan Latihan.

Unit Penerbitan Buku

Unit ini akan diurukan oleh Pegawai Penerbitan N41 iaitu  Cik Sofiatul Nazira binti Ahmad Shubki. Unit ini juga akan dibantu oleh seorang Pembantu Penerbitan iaitu Pn. Rafizah binti Zainal Kasim. Fungsi unit ini adalah seperti berikut:

 Menguruskan penerbitan bagi judul-judul buku karya asli, modul, monograf, teks, prosiding dan jenis buku-buku lain bagi bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan, dan bidang Sains dan Teknologi.

 Melakukan penyuntingan manuskrip.

 Menyediakan manuskrip bersih untuk tujuan reka bentuk.

 Menyemak pruf.

 Menyediakan manuskrip sedia terbit untuk tujuan percetakan.

 Memastikan bahan terbit dalam tempoh yang ditetapkan.

 Memberikan bimbingan penulisan kepada penulis dan bakal penulis.

 Membantu mengendalikan sesi klinik perundingan penerbitan.

 Menguruskan pengurusan pembinaan judul mengikut bidang masing-masing.

 Mendokumentasikan setiap proses penerbitan.

 

Unit Penerbitan Jurnal

Unit ini akan diketuai oleh Pn. Asiah binti Abdul Rahman, Pegawai Perancang Bahasa S44 dan dibantu oleh Pn. Nurul Hafizan binti Abdul Rahman, Pembantu Penerbitan. Fungsi unit adalah seperti berikut:

 Menguruskan penerbitan jurnal penerbitan UPSI.

 Menyelaras  pengurusan jurnal.

 Melakukan penyuntingan teknikal bagi setiap artikel jurnal.

 Memastikan jurnal diterbitkan tepat pada masanya.

 Memuat naik semua artikel jurnal untuk terbitan dalam sistem e-Journal.

 Memberikan bimbangan, latihan dan kursus kepada sidang editorial dan penulis jurnal dan mempromosikan jurnal.

 Menyediakan salinan digital kepada pengindeks.

 Menyediakan bahan sedia terbit untuk tujuan percetakan.

 Bertanggungjawab untuk mengusulkan mana-mana jurnal untuk penaiktarafan indeks.

 Menyediakan laporan pengindeksan setiap jurnal.

Unit Terjemahan dan Latihan

Unit ini akan diketuai oleh Cik Faridah Hanim binti Aziz @ Adan, Pegawai Perancang Bahasa S41 dan dibantu oleh Pn. Pn. Nurul Hafizan binti Abdul Rahman, Pembantu Penerbitan. Fungsi unit adalah seperti berikut:

 Menguruskan penerbitan judul terjemahan.

 Mendapatkan cadangan judul terjemahan.

 Menguruskan khidmat terjemahan.

 Melakukan penterjemahan.

 Menyunting karya terjemahan.

 Menyediakan naskah sedia terbit bagi tujuan percetakan.

 Menjalankan promosi bagi perkhidmatan terjemahan.

 Menguruskan latihan, bengkel dan kursus penulisan dan penerbitan.

 Menjalankan promosi bagi penganjuran latihan, bengkel dan kursus diadakan.

Pengenalan

Bahagian ini akan melapor terus aktiviti dan perkembangan bahagian kepada Pengarah Pejabat Karang Mengarang. Bahagian Kreatif akan dibahagikan kepada dua (2) unit iaitu Unit Kreatif Buku dan Unit Kreatif Grafik

Unit Kreatif Buku

Unit ini akan diketuai oleh En. Khairul Aizat bin Abdul Rauf, Pereka Grafik B44 dan dibantu oleh tiga (3) orang staf iaitu En. Zulkifli bin Mat Jali (Pereka Grafik B22), Pn. Zuzalina binti Zulkarnain (Pereka Grafik B19) dan Cik Nurmaisara binti Ahmad (Pereka Grafik B19). Unit ini akan menguruskan reka bentuk buku dan percetakan buku dan kerja-kerja grafik dalaman Pejabat Karang Mengarang. Fungsi unit adalah seperti

 Menguruskan reka bentuk kulit, ilustrasi gambar untuk buku, modul, jurnal, monograf dan prosiding, katalog tahunan.

 Menyediakan bahan bantu bagi tujuan promosi seperti – phamphlet, poster, katalog, beg dan lain-lain

 Merekod, menyimpan dan menyenggara peralatan reka bentuk dan softcopy kepada Pengarah Pejabat Karang Mengarang.

Unit Kreatif Grafik

Unit ini akan diketuai oleh En. Redzuan Shah bin Datu Sahadun, Pereka Grafik B44 dan dibantu oleh En. Ahmad Faizal bin Abdul Shukor, Pereka Grafik B19.Unit ini akan menguruskan reka bentuk buku dan percetakan buku. Fungsi unit adalah seperti berikut :

 Memenuhi keperluan grafik atau seni visual kepada universiti.

 Bertanggungjawab mengemaskini laman sesawang Pejabat Karang Mengarang.

 Menguruskan keperluan percetakan dalaman serta bilik cetakan di Pejabat Karang Mengarang

 Menyediakan bahan softcopy e-book bagi buku terbitan Pejabat Karang.

 Menyediakan bahan promosi bagi Pejabat Karang Mengarang.

 Menyediakan khidmat reka bentuk, cetakan dan kepakaran grafik.

Pengenalan

Bahagian ini akan diketuai oleh En. Ramli bin Mosmin, Pegawai Penerbitan N44. Bahagian ini akan dibantu oleh tiga (3) orang staf iaitu Pn. Norreha binti Mustafa (Pembantu Penerbitan N22), En. Daud bin Ismail (Penolong Pegawai Penerbitan N29) dan En. Zaharudin bin Hamzah (Pembantu Tadbir (P/O) N17).Fungsi bahagian ini adalah seperti berikut:

 Menyediakan dan melaksanakan perancangan dan sasaran jualan bulanan/tahunan.

 Menerima, merekod (manual dan sistem maklumat) menyimpan dan menyenggara stok secara berterusan.

 Memelihara persekitaran stor dan khazanah di dalamnya (buku dan segala maklumat berkaitan) daripada anasir pemusnah.

 Menguruskan perniagaan kedai buku secara berterancang.

 Mengenal pasti judul-judul buku daripada Penerbit IPTA dan terbitan terbaru buku versi Inggeris untuk diperagakan di Pekan Buku.

 Merencanakan program promosi produk penerbitan, iaitu menerusi  pengiklanan media, ulasan buku/kritik buku, laman sesawang dan lain-lain.

 Megadakan lawatan/pameran dari masa ke semasa ke premis pengedar buku yang dilantik, ke kedai-kedai buku, universiti, perpustakaan, maktab dan politeknik dalam usaha memasarkan buku.

 Membangun dan memantapkan pangkalan data pelanggan.

 Mengatur dan menyediakan keperluan bagi penyertaan dalam sebarang pameran buku sama ada dalam atau luar negara.

 Menguruskan pesanan pembelian pelanggan dengan cara cepat dan tepat.

 Meyediakan belanjawan tahunan unit.

 Memastikan hasil jualan diurus selia dan menyenggara peralatan unit.

 

 

Pengenalan

Bahagian ini akan diketuai oleh En. Mohd Hanif bin Mohamad, Penolong Pegawai Tadbir N32. Bahagian ini juga akan dibantu oleh tiga orang staf sokongan iaitu Pn. Asmah binti Mohd Amin (Pembantu Tadbir (P/O) N22), En. Mohd Zulfikar bin Zainal Abidin (Penolong Akauntan W29) dan En. Mohd Muhaiyuddin bin Md Zahid (Pembantu Operasi N11). Bahagian ini akan menguruskan urusan pentadbiran dan kewangan jabatan.

Fungsi

 Menyokong aktiviti penzahiran produk Pejabat Karang Mengarang (Penerbit UPSI)

 Menguruskan pentadbiran dan rekod yang berkaitan dengan cuti staf, SKT dan Penilaian Prestasi staf.

 Mengurus, membuka dan menawar permohonan pembelian serta menguruskan tuntutan pembayaran bagi setiap pembelian.

 Bertanggungjawab terhadap pengurusan wang panjar.

 Menyediakan Belanjawan Tahunan PKM & belanjanwan tahunan unit.

 Menyediakan keperluan mesyuarat apabila mendapat tempahan.

 Menyediakan keperluan mesyuarat apabila mendapat tempahan.

 Mengurus, membuka, dan menawarkan kerja percetakan kepada syarikat pencetak.

 Mengurus, membuka dan menawarkan kerja atur huruf kepada syarikat atur huruf.

 Menyediakan laporan kewangan dan laporan aktiviti penerbitan untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Penerbitan Akademik serta pihak yang berkaitan.

 Menguruskan pembayaran royalti pengarang, honorarium penterjemah, bayaran saguhati penilai, penyunting, pengulas buku dan pencari indeks.

 Menguruskan permohonan, penerimaan, perekodan, penyebaran dan memantu bekalan pejabat.

 Menguruskan  pembelian, penerimaan dan perekodan harta tetap inventori.

Hak Cipta © 2016 Penerbit UPSI | Reka Bentuk oleh Penerbit UPSI

Penafian: Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.