Peneraju dalam Penerbitan
Bertaraf Dunia

Pejabat Karang Mengarang ditubuhkan pada 2001 dengan nama Penerbit UPSI. Nama Penerbit ini kemudiannya ditukar kepada Pejabat Karang Mengarang pada tahun 2012 bagi meneruskan kecemerlangan Pejabat Karang Mengarang yang diasaskan oleh Pendeta Za’ba dan OT Dussek pada 1924.

Pejabat Karang Mengarang ditubuhkan pada 2001 dengan nama Penerbit UPSI. Nama Penerbit ini kemudiannya ditukar kepada Pejabat Karang Mengarang pada tahun 2012 bagi meneruskan kecemerlangan Pejabat Karang Mengarang yang diasaskan oleh Pendeta Za’ba dan OT Dussek pada 1924. Seperti zaman kegemilangannya dahulu, Pejabat Karang Mengarang UPSI pada hari ini berperanan sebagai pemangkin kepada pelbagai penerbitan, yang terserlah melalui pencapaian cemerlang dalam bidang penerbitan, selaras dengan peranan UPSI sebagai Universiti Pendidikan di Malaysia. Antaranya, penerima Anugerah Buku Negara Tahun 2023, Anugerah Buku Negara Tahun 2022, Anugerah Buku Negara Tahun 2019, Anugerah Buku Negara Tahun 2018, Anugerah Buku Negara Tahun 2017, Anugerah Buku Negara Tahun 2016, Anugerah Buku Negara Tahun 2015, Anugerah Buku Negara Tahun 2014 dan Anugerah Buku Negara Tahun 2005. Pada tahun 2023, Pejabat Karang Mengarang menempa sejarah kegemilangan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana, Penerbit Prolifik Kategori Penerbit Universiti dalam Anugerah Buku Negara 2023 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pencapaian ini meneruskan legasi kecemerlangan UPSI untuk menjadi Universiti terbaik di Malaysia

PENERBITAN TERKINI

Sistem e-Journal (OJS)

Jumlah semua jurnal adalah 33 berdaftar dalam Sistem e-Journal (OJS).

Anugerah Buku

Menerima Hadiah Utama Penerbit Prolifik dalam kategori Penerbit Universiti di Anugerah Buku Negara 2023.

Jumlah penerbitan

Sehingga rekod terkini, UPSI telah menghasilkan sekitar 400 judul buku.

PERKHIDMATAN KAMI

Daripada Penulisan hingga Reka Bentuk, Kami Hasilkan Buku Berkualiti

Seksysen Penerbitan Buku kami merealisasikan idea melalui dua unit utama: Unit Editorial yang memastikan kualiti kandungan dan ketelitian bahasa, serta Unit Grafik yang menghasilkan rekaan kreatif dan berimpak. Bersama-sama, kami membina buku yang menginspirasi, memberi ilmu, dan berkekalan.

Meluas Capaian, Menghubungkan Pembaca

Seksysen Pemasaran dan Jualan memastikan penerbitan UPSI Press sampai kepada khalayak yang lebih luas, menghubungkan ilmu dengan pembaca melalui promosi strategik dan pengedaran berimpak.

Jurnal UPSI: Memajukan Ilmu, Menginspirasi Impak

Perkhidmatan utama kami dalam penerbitan jurnal merangkumi bantuan dalam pelbagai aspek proses penerbitan, seperti pemilihan jurnal, penyediaan manuskrip, penghantaran, dan sokongan selepas penerbitan. Kami menawarkan perkhidmatan seperti kerja penyuntingan, semakan rakan sebaya pra-penghantaran, pemeriksaan plagiarisme, serta bantuan dengan ulasan pengulas (reviewer comments). Selain itu, kami turut menyediakan panduan tentang penerbitan akses terbuka dan membantu menavigasi kerumitan dalam landskap penerbitan.

CONTACT US
Pejabat Karang Mengarang (PKM)
Pejabat Karang Mengarang (Penerbit UPSI / UPSI Press)
Universiti Pendidikan Sultan Idris / Sultan Idris Education University
35900, Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Email: penerbit@upsi.edu.my
No Tel: 6015-4879 7565(Office) or 605-450 5596 / 5472 / 5533 (Bookstore)
OPERATION HOUR
OFFICE
MONDAY – THUSDAY
8.00 AM – 1.00 PM
2.00 PM – 5.00 PM
FRIDAY
8.00 AM – 12.15 PM
2.45 PM – 5.00 PM
BOOKSTORE
MONDAY – THUSDAY
8.30 AM – 1.00 PM
2.00 PM – 4.30 PM
FRIDAY
8.30 AM – 12.15 PM
2.45 PM – 4.30 PM