Pengenalan
Penerbit UPSI telah ditubuhkan secara rasminya pada bulan November 2001. Sebelum ini Penerbit UPSI telah diterajui oleh penyelaras, pada bulan November 2001 seorang Pengarah telah dilantik dan Penerbit UPSI beroperasi secara rasmi bermula dari tarikh tersebut.
Pada 1 November 2002 Penerbit UPSI telah menyambut ulang tahun pertama penubuhannya. Pada masa ini. Penerbit UPSI beroperasi di pejabat baharu yang terletak di Aras Bawah Tanah, Bangunan Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.
Manakala pada tahun 2010, pejabat Penerbit UPSI telah berpindah ke pejabat baharu di kawasan bekas tempat letak kenderaan Bangunan Tuanku Bainun. Pada tahun 2012, nama Penerbit UPSI telah ditukar kepada Pejabat Karang Mengarang sejajar dengan ucapan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria bin Kasa sempena Majlis Amanat Naib Canselor 2012.